Dari mana-mana pejabat kerajaan di Putrajaya, dengan tambang serendah RM0.50, anda dapat menaiki bas NadiPutra terus ke Putrajaya Sentral. Diingatkan supaya anda menyediakan wang secukupnya kerana perkhidmatan bas ini tidak menyediakan wang baki.
Dari Putrajaya Sentral naik KLIA Transit ke KLIA2 dengan harga RM6.20.
Tiba di KLIA2 anda boleh terus check in mengikut kapal terbang yang telah anda pilih.
Untuk sesi tips perjalanan hari ini, saya memilih Malindo Air kerana tambang yang dikenakan agak murah dengan kemudahan air bridge terus dari airport masuk ke dalam Kapal Terbang. Harga Tiket termasuk insurance dan airport tax RM78.
Makanan ringan turut disediakan.
Bagi penerbangan kali ini memang selesa disebabkan banyak kerusi kosong.
Tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang, tidak perlu menghabiskan wang dengan tambang teksi yang agak mahal.
Pilihan saya Bas Rapid Penang yang boleh didapati dengan mudah di hadapan Lapangan Terbang ini. Harga yang dikenakan :
Apa yang menarik, bas ini melalui Bukit Jambul dan Queenbay sebelum meneruskan perjalanan ke Komtar dan seterusnya Jeti.
Kos keseluruhan bagi perjalanan kali ini:
RM87.40
Selamat mencuba!
Post a Comment