Seorang lelaki
warga Singapura yang kecewa selepas Nasi Goreng Kampung yang dipesannya
terlalu pedas membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Lau
Thiam Huat, 61, memesan nasi goreng tersebut dan segelas air suam di
sebuah restoran di Jalan Bukit Timbalan di sini untuk makan malam pada
pukul 9 malam, 30 April lalu.
Laporan polis yang dibuat oleh Lim.
Katanya,
nasi goreng tersebut terlalu panas dan pedas sehingga menyebabkan
mulutnya berasa kurang selesa sehingga keesokan harinya.
Dia turut mengesyaki tukang masak restoran tersebut memasukkan terlalu banyak cili di dalam nasi goreng itu.
Lim
mengambil keputusan untuk membuat laporan polis sekiranya pemeriksaan
kesihatan perlu dilakukan selepas makan nasi goreng itu.

Laporan polis yang dibuat Lau Thiam Huat 1 Mei lalu
Post a Comment