#PRKBukitGelugor PAS Konfrem Tanding Lawan Rakan Sekutu DAP Demi Hudud


Bekas Setiausaha PAS cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sattar menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan berusia menyatakan hasratnya itu bagi menegakkan Hukum Hudud yang menjadi polemik dan kontroversi di kalangan beberapa pimpinan politik negara.

"Saya berharap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat memberikan kebenaran kepadanya untuk bertanding dalam PRK kali ini.

"Ini adalah kali pertama saya berhasrat untuk turut bertanding dalam PRK mewakili parti PAS.

"Saya tidak ada niat lain dan hanya ingin mengajak penduduk di Bukit Gelugor berjuang mempertahankan hukum hudud dan berharap Presiden parti memberi kebenaran untuk saya bertanding," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau juga mengesahkan akan bertanding atas tiket bebas jika kepimpinan PAS menolak hasratnya bertanding di Bukit Gelugor.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan itu tidak akan mengubah sokongannya terhadap parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lalu.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam.



Post a Comment