Seorang pelajar
UiTM berdepan dengan tindakan disiplin kerana dikatakan menyiarkan
tulisan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Facebook.
Dalam surat bertarikh 28 April, pihak universiti menyatakan bahawa Mohd Fathihie Gadius dari kampus UiTM Sabah, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Dia didakwa membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah.
Pelajar Sarjana muda sains biologi itu juga didakwa melakukan kesalahan yang sama melalui lebih daripada 20 posting dari Oktober 2013 hingga Januari tahun ini.
Jika didapati bersalah, dia boleh digantung dari universiti dan tidak dibenarkan masuk ke kampus.

Post a Comment