#PRKBukitGelugor Kemungkinan Besar Pertandingan 5 Penjuru


Dengan berbaki 4 hari hari ke proses penamaan calon, kemungkinan parti yang bakal bertanding hangat dibincangkan. Setakat ini, kemungkinan besar Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan menyaksikan pertandingan 5 penjuru yang melibatkan pelbagai parti dan satu individu yang akan bertanding atas tiket bebas.

Dari sumber yang boleh dipercayai telah menyebut bahawa setakat hari ini Parti Cinta Malaysia telah meletakkan deposit mendahului parti DAP yang akan mempertahankan kerusi P51 Bukit Gelugor. Apa yang menarik, DAP masih belum mengambil borang pencalonan. 

Parti yang yang dikatakan telah mengambil borang pencalonan adalah Barisan Nasional, Penang Front Party dan seorang individu yang dipercayai akan bertanding atas tiket bebas.

PRK kali ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April lalu.

Daftar Pemilih Induk (DPI) mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut dan 1,095 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.

Post a Comment