#PRKBukitGelugor : PAS Pulau Pinang menafikan Mohamad Nabi Ahli PAS Namun Semakan Menunjukkan Beliau Ahli UMNO #MalaysiaNews

 

PAS Pulau Pinang menafikan Mohamad Nabi Bux Mohd Nabi Sathar 68  adalah seorang ahli PAS yang menyuarakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Glugor pada 25 April ini.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Bukhori Ghazali menyifatkan, Mohamad Nabi Bux sekadar mahu mengambil kesempatan mencari publisiti murahan dengan mengakui ahli PAS.

"JPN dah cari maklumat dan akhirnya menemui jawapan. Semasa mesyuarat dengan PAS Kawasan Sungai Glugor malam tadi nama beliau tiada dalam senarai ahli mana-mana cawangan sebaliknya maklumat diperoleh beliau ahli Umno bernombor 02700360 Bahagian Gombak manakala keahlian di Cawangan Kampung Banjar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia," tegasnya.

Pada mulanya pihak JPN jelas beliau, tidak mahu melayan isu ini tetapi terpaksa menjawab kembali untuk mengelakan prasangka atau kekeliruan yang bakal timbul.

Tambah Bukhori lagi, hasil siasatan tersebut, sah beliau bukan ahli PAS dan tidak timbul kenyataan yang mahu bertanding.

Sebelum itu, Mohamad Nabi Bux menyeru Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bertanding mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Glugor yang ditinggalkan ekoran kematian Karpal Singh dan jika tidak beliau akan bertanding sebagai calon bebas.

Post a Comment