Alasan Memberi Tumpuan Isu Hudud, MCA Putuskan Tidak Bertanding #PRKBukitGelugor #MalaysiaNews


MCA hari memutuskan untuk tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan dalam laporan Sin Chew Daily berkata, MCA mahu memberi tumpuan terhadap isu Hukum Hudud yang bakal dilaksanakan Kerajaan Negeri PAS Kelantan.

Keputusan itu dibuat selepas kepimpinan MCA mengadakan mesyuarat Majlis Presiden di Ipoh hari ini.

Keputusan MCA yang  ini dilakukan sejurus DAP mengumumkan Ramkarpal Singh, anak ketiga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai calon PRK yang bakal diadakan bermula 12 Mei ini.

Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional dari MCA, Teh Beng Yeam yang mendapat 13,597 undi.

Post a Comment