Tulis Nota Bunuh Diri Melalui Facebook Akibat Terlalu Sedih Berpisah Dengan Teman Lelaki

 alt

Seorang wanita nekad membunuh diri dengan terjun daripada bangunan, akibat terlalu sedih kerana berpisah dengan teman lelaki.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Hasrina Chee, dari Bongawan, Papar, sempat memuat naik status berhubung niatnya yang ingin membunuh diri di laman Facebooknya, dua jam sebelum ditemui mati, malam tadi. 

Dalam statusnya, dia memberitahu, walaupun tahu keputusannya itu salah tetapi wanita berusia 21 tahun itu nekad melakukannya.

Hasrina yang memakai baju dan seluar hitam, terjun dari tingkat enam bangunan letak kereta kompleks beli-belah Centre Point.

“Saya tahu saya gila. Kepada sahabat… SELAMAT TINGGAL. Kepada keluarga, maafkan saya.”

Dalam status yang dimuat naik jam 9.42 malam itu, Hasrina mendedikasikan tindakannya itu kepada seorang yang dipercayai bekas teman lelakinya dengan berkata: “Inilah hadiah untukmu… saya akan tunjukkan betapa gilanya saya.”

Lelaki itu dipercayai telah menutup akaun Facebooknya.

Hasrina mengakhiri notanya dengan ayat: “Terima kasih banyak. Saya akan tutup mata buat selama-lamanya.”



 



Post a Comment