#PRKBukitGelugor : DAP Sambut Baik Keputusan PAS Tidak Membawa Hudud ke #ParlimenMalaysia #MalaysiaNews



Rentetan kenyataan Media Presiden PAS yang dibaca Mat Sabu berhubung Hudud, Lim Guan Eng hari ini menyambut baik pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak meneruskan hasrat membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat, Jun ini.

Berikutan pengumuman itu, beliau menyeru organisasi bukan-Islam agar terus memberi tekanan kuat kepada UMNO yang menjadi dalang memulakan kontroversi hudud hanya dengan tujuan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Menurut Guan Eng, tekanan boleh terus dilakukan sementara jawatankuasa bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan mengkaji secara lebih mendalam tentang Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Beliau menganggap tekanan sememangnya wajar dikenakan ke atas UMNO dan bukannya PAS kerana kontroversi hudud kali ini tercetus berikutan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan dalam sidang Parlimen 27 Mac lalu bahawa “kerajaan persekutuan bersedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud, termasuk Kelantan.”

Post a Comment