#PRKBukitGelugor : BN Tidak Bertanding Namun Datuk Huan Cheng Guan Merupakan Calon Mesra BN #MalaysiaNews


Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa BN menghormati keputusan MCA walaubagaimanapun BN tidak akan memberi laluan mudah kepada DAP pada PRK kali ini. Difahamkan BN sudah menanam calon mesranya semasa proses penamaan calon yang berlangsung pagi tadi.

Pelbagai teka teki timbul bagi menjawab persoalan yang timbul. Siapa calon mesra BN? Jika dilihat yang senarai calon sebentar tadi, Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor menyaksikan Pertandingan 4 Penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Abdul Becker Sidek yang bertanding atas tiket Bebas, manakala Ram Karpal wakili DAP dan juga Datuk Huan Cheng Guan yang wakili PCM.

Sebelum ini Mohamed Nabi Bux yang dikatakan ahli PAS telah menyatakan bahawa beliau bertanding bagi memperjuangkan hudud. Namun, cybertrooper SuaraRakyat telah menyangkal dengan menyatakan bahawa Mohamed Nabi Bux merupakan ahli UMNO. Untuk rekod, kebanyakkan ahli PAS dan PKR berasal dari parti UMNO yang mana penghijrahan mereka tidak dipadam rekod keahliannya. Adakah Mohamed Nabi Bux Calon mesra BN? Jawapannya TIDAK. Ironinya, PAS sendiri tidak mengaku Mohamed Nabi Bux sebagai calon mesra PAS.

Seorang lagi calon bebas adalah Abdul Becker Sidek. Beliau merupakan seorang peguam. Dari hasil penyelidikan beliau masih seorang peguam dan tidak aktif berpolitik. Mungkinkah beliau hanya 'test masket' di Pilihanraya kali ini? Adakah Abdul Becker Sidek merupakan calon mesra BN? Jawapan TIDAK.

Tumpuan pastinya kepada calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan. Beliau berpengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan anggota Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor. Selain itu, terdapat juga sumber-sumber menyatakan, PCM bakal menggantikan Gerakan. Adakah calon PCM merupakan Calon Mesra BN? Jawapan YA!

Post a Comment