Live Updated | Gambar Suasana Proses Penamaan Calon #PRKBukitGelugor


Tepat Jam 9.00 pagi, proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Telah pun dimulakan.

BN dikatakan akan menyokong calon Bebas mesra BN pada PRK kali ini menentang anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh mewakili DAP.

BN sepatutnya meletakkan calon dari parti MCA namun parti tersebut memutuskan untuk tidak bertanding.

Walaubagaimanapun, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa BN tidak akan memberi laluan mudah kepada DAP pada PRK kali ini.

PRK Bukit Gelugor dianjurkan ekoran kematian penyandang ADUN kawasan tersebut, Karpal Singh dalam sebuah kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.


Update :

Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, membuat penyerahan borang pencalonan PRK Bukit Gelugor pada jam 9.05 pagi.

Pusat Penamaan Calon dibuka jam 9 pagi tadi dan setakat ini tiga calon iaitu dari DAP, PCM dan Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar didapati memasuki dewan untuk memfailkan borang penamaan calon.



Embedded image permalink
Embedded image permalinkSeorang lagi calon didapati masuk ke dalam dewan penamaan calon.

Post a Comment