#PRKTelukIntan Orang UMNO Sila Baca! Buka Otak Kenapa Dyana Jadi Calon DAP Bukan Calon UMNO?
#PRKBukitGelugor PAS Pulau Pinang Digesa Menarik Balik Poster Kempen Gambar RamKarpal Berslogan "Hudud For All"

Hudud memang untuk PAS, tapi bukan untuk Pakatan Rakyat, apatah lagi DAP, walaupun PAS adalah sebahagian dari Pakatan Rakyat - mudah.
Soal kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dengan penerimaan hudud adalah 2 perkara berbeza.
Walaupun Pakatan Rakyat menyokong perubahan (change), tapi seperti ditegaskan Ramkarpal sendiri, tidak ada apa yang berubah dalam pendirian DAP dan Pakatan Rakyat berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan PAS - semua masih sama.
Perubahan hanya terpakai dalam soal-soal berkaitan menukar kerajaan daripada BN kepada Pakatan Rakyat sahaja, bukan memasukkan hukum hudud sebagai sebahagian dari undang-undang negara.
Sebab itulah poster berkenaan tidak mempunyai relevan dengan kempen DAP yang sedang berjalan. Jika PAS tidak terlibat dengan penyebaran poster tersebut, kenapa PAS tidak membuat laporan polis menafikan pihak mereka ada terlibat mengeluarkannya?
Memandangkan laporan polis tidak ada, disitulah Pakatan Rakyat mendapat tahu bahawa PAS memang terlibat mengeluarkan poster tersebut, apatah lagi satu negara tahu hanya PAS satu-satunya pertubuhan politik di dunia ini yang kemaruk nak melaksanakan hudud.
Pakatan Rakyat berharap, tidak ada pengundi di Bukit Gelugor yang percaya bahawa DAP dan Pakatan Rakyat terlibat dengan penyebaran poster tersebut, yang terlibat hanyalah PAS. PAS harus menarik balik poster itu dengan segera, atau membuat laporan polis jika mereka tidak terlibat.
#PRKBukitGelugor : Mohamed Nabi Bux Terjemah Manifesto Pertahan Melayu dan Tegakkan Hudud #MalaysiaNews
Dalam manifesto itu, beliau berjanji untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan Parlimen Bukit Gelugor bagi semua golongan terutama kaum Melayu yang dipinggirkan.
“Selain itu saya juga akan memberikan fokus kepada peningkatan kualiti kehidupan penduduk Islam dalam Parlimen Bukit Gelugor,” kata Mohamed Nabi Bux kepada pemberita pada majlis pelancaran manifestonya di sini, Khamis.
Perkara ketiga dalam manifesto Mohamed Nabi Bux ialah memberi keutamaan kepada penyediaan peluang pekerjaan, latihan kemahiran untuk golongan belia terutama kaum Melayu dan tidak meminggirkan kaum lain.
Seterusnya beliau mahu menambah suara serta undi Melayu dalam Parlimen dan yang terakhir ialah menjadikan Parlimen Bukit Gelugor kawasan petempatan yang selesa dan moden selaras dengan pembangunan teknologi.
Mohamed Nabi Bux berkata beliau akan mengadakan ceramah penerangan bertajuk ‘Apa itu Hudud’ kepada penduduk negeri ini di Padang Kota Lama, bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh dan masa ceramah itu.
Pada majlis itu, beliau bercadang menjemput Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
“Saya juga akan menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada penerangan itu nanti…saya menggunakan media untuk menjemput semua tetamu saya itu,” katanya.
Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini, Mohamed Nabi Bux akan berdepan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon Bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas. Pada pilihan raya umum 2013, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.
- Bernama
#PRKBukitGelugor 'I'm A Son Of Karpal Singh' BUKAN 'I Am Karpal Singh'
#PRKBukitGelugor RamKarpal Berkempen Dengan Jeep Tamat Tempoh Cukai Jalan dan Rekod Saman Tertunggak #MalaysiaNews



#PRKBukitGelugor : RamKarpal Sambung Legasi Bapanya Menentang Hudud Walaupun PAS Turun Membantunya #MalaysiaNews

#HugeViral Perodua Viva Langgar Perut Pesawat MAS #MH740 #MalaysiaNews


Malaysia Airlines (MAS) menjadualkan semula waktu penerbangan MH740/741 selepas bahagian perut pesawat berkenaan dilanggar sebuah kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Pesawat B737-800 itu pada asalnya dijadual berlepas ke Yangon (Penerbangan MH740) pada 10:05 pagi, tetapi berikutan kejadian itu, penumpang dipindahkan ke sebuah pesawat lain yang berlepas pada 10:45 pagi, kata MAS dalam kenyataan.
Katanya penerbangan pulang (MH741) pula dijadualkan semula untuk berlepas dari Yangon pada 12:30 tengah hari, katanya.
Menurut MAS, pemandu kenderaan yang dimiliki sebuah syarikat vendor yang terlibat dalam kejadian itu segera ditahan.
#PRKBukitGelugor PAS Terus Nafi Pejuang Hudud, Mohamed Nabi Bux Ahlinya

#HugeViral Gambar Pelayan Restoran Sanggup Tolong Suapkan Makanan Kepada Lelaki OKU
Dengan tak banyak bunyi waiter ni bagi dia duduk amek nasi dan terus suapkan makanan ke mulut dia. Suap dan layan dia makan sampai selesai sepinggan nasi. Hati saya terus terdetik mulianya sikap waiter ni. Semoga Allah selamatkan hidup budak ni dunia akhirat. Kalau saya jadi waiter blom tentu saya mampu buat benda yang sama.
Lagi best masa dah habis makan OKU tu nak bayar staff restoran tu tak ambil bayaran. Saya bangga tengok anak muda bangsa saya macam tu. Fuhhhhhh.. tinggi markah kau dik. Abang bagi A+++..'
#PRKBukitGelugor Pengasas PAS Bukit Gelugor Ajak Pengundi Tolak DAP

Abdul Aziz yang ditemui baru-baru ini mengajak penyokong dan ahli PAS Bukit Gelugor untuk bersama-sama menolak Ramkarpal dan memberikan undi kepada calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar pada PRK tersebut.
Mohamed Nabi Bux merupakan ahli PAS yang bertanding sebagai tiket bebas optimis dengan manifestonya memperjuangkan hukum hudud di Pulau Pinang.
PRK Bukit Gelugor ditetapkan pada 25 Mei ini dan pengundian awal bakal berlangsung pada 21 Mei.
Dua lagi calon yang bertanding pada PRK tersebut adalah Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan Abu Backer Siden Mohamed Zan yang bertanding di atas tiket Bebas.
Ngeri : Peluk mayat kekasih tanpa kepala Selepas Terbabit Dengan Kemalangan
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, Ninie Asmida Hasbi, 20, membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya yang dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan mereka terjatuh sebelum mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh pula oleh sebuah motosikal.
Motosikal terbabit dipercayai menggilis badan gadis itu menyebabkan kepala mangsa terputus. Teman lelakinya memeluk erat mayat sebelum menutup bahagian kepala yang terputus dengan bajunya.
#PRKTelukIntan Awek Cun Umpanan DAP untuk Pertahankan Kerusinya



Agak mengecewakan apabila ada anak bangsa yang sanggup melacurkan masa depan anak bangsanya sendiri hanya semata mata kerana cina DAP.
Itulah yang dilakukan oleh Sofia yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Lim Kit Siang dan dikatakan juga bakal menjadi calon ahli parlimen Teluk Intan dalam Pilihanraya Kecil kawasan tersebut pada 31 Mei nanti.
Kalau dilihat dari segi rupa paras, anak kelahiran Ipoh ni agak boleh tahan juga dan kalau dari segi pelajaran, juga agak menarik perhatian.
Tapi apabila sampai ke sikap, Sangkakala rasa ini le manusia yang gagal diantara yang paling gagal.
Sangkakala berani kata budak ni gagal sebab, dia gagal memperjuangkan bangsanya sendiri tetapi lebih berjuang kepada bangsa yang mahu memusnahkan bangsanya.
Sofia ni dulu menuntut di UITM dan dikatakan mengambil jurusan undang undang di Universiti tersebut.
Tidakkah Sofia ni tahu bahawa siapa yang memperjuangkan UITM tempat beliau menuntut ilmu? Dan apa pula yang diperkatakan oleh Cina DAP tentang kemasukan pelajar Melayu ke dalam UITM tempat beliau menuntut?
Hari ini dengan mudah budak perempuan ini melacurkan tempat dimana beliau menuntut ilmu dan dengan mudah beliau melacurkan nasib anak bangsanya sendiri.
Ibarata bakar jambatan setelah menyeberang, itu juga yang Sangkakala berani katakan kepada budak perempuan tak sedar diri ni.
Pengajaran sepatutnya diberikan kepada manusia yang kufur nikmat macam si Sofia ni, supaya lebih tahu apa kelebihan dia menjadi Melayu di tanah air ini dan bukannya menidakkan hak Melayu lain.
#PRKBukitGelugor DAP Meneruskan Legasi Politik Kronisme dan Nepotisme #MalaysiaNews

Keputusan DAP meletakkan Ramkarpal Singh sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor disifatkan hanya semata-mata untuk mendapatkan undi simpati dan bukannya bertujuan memperjuangkan nasib serta kebajikan penduduk kawasan itu.
Keputusan itu malah menggambarkan DAP masih meneruskan legasi politik dengan mengamalkan kronisme dan nepotisme apabila mencalonkan anak beranak dan saudara untuk bertanding pada pilihan raya.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mendakwa, Ramkarpal bukan seorang ahli politik yang mengambil berat rakyat di sekelilingnya sehingga melayakkan beliau menjadi calon sebaliknya hanya diletakkan di situ untuk memastikan kerusi itu menjadi milik DAP.
Ramkarpal hanyalah seorang peguam dan bukan ahli politik atau aktivis yang memperjuangkan kebajikan rakyat. Beliau diletakkan sebagai calon kerana DAP hanya mementingkan nepostime. Legasi keluarga lebih penting walhal ramai lagi calon dalam parti itu khususnya akar umbi yang telah lama berjuang. Beliau tiada sumbangan dalam dunia politik kecuali mengendalikan kes berprofil tinggi.
Kali ini DAP hanya perlu menggunakan sentimen Karpal yang telah meninggal dunia secara tragis dalam kemalangan untuk menarik undi rakyat, hakikatnya kebajikan rakyat terutamanya yang miskin dan pertengahan masih lagi tidak terbela di Bukit Gelugor. Masyarakat Melayu dan India masih lagi susah," katanya di sini hari ini.
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal dalam kemalangan jalan raya di Perak pada 17 April lalu.
PRK itu yang akan diadakan pada 25 Mei ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.
PCM mencalonkan Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan manakala dua calon Bebas adalah Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar yang merupakan ahli Pas Cawangan Gombak, Selangor dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Menurut David, nepotisme harus dihapuskan kerana cara tersebut bukan prinsip yang seharusnya diamalkan oleh parti tersebut.
Saya mahu amalan nepotisme ini dihapuskan dalam parti kerana ini bukan parti keluarga tetapi parti rakyat, Saya berharap pengundi Bukit Gelugor tidak akan terus tertipu dengan sentimen sebegini," tegasnya.
Sementara itu, bekas ahli DAP Bayan Baru, Rahmad Isahak berkata, andainya Ramkarpal menang, kejayaan itu hanya disebabkan oleh rasa simpati pengundi berhubung kematian bapanya yang merupakan penyandang dan bekas Pengerusi DAP.
Menurutnya, walaupun DAP sedia maklum dengan rekod politik Ramkarpal namun strategi itu hanya bertujuan untuk memastikan parti itu terus menjadi hak milik keluarga dan sendirian berhad.
Ramkarpal tidak akan sesekali boleh menandingi kehebatan bapanya, beliau tidak pernah menjadi ahli politik. Tetapi DAP terus berdegil meletakkan beliau kerana mahu legasi keluarga diteruskan tanpa mementingkan kepentingan rakyat.
DAP perlu berhenti memperdayakan umum seperti ini, jangan bermain-main dengan mandat rakyat," ujarnya.
Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat pula berkata, Karpal merupakan tulang belakang parti itu dan ketiadaan beliau secara tidak langsung bakal memberi kesan terhadap hala tuju DAP.
Mendiang merupakan pemimpin dan ahli politik yang hebat malah sumbangan dan usaha beliau untuk DAP tidak mungkin dapat ditandingi pihak lain termasuk anak-anak beliau. Adalah mustahil untuk menggantikan Karpal dengan anaknya Ramkarpal. Apakah sumbangan beliau kepada penduduk Gelugor? Mungkin selepas ini pimpinan DAP tidak sama seperti dahulu ketika Karpal masih ada," katanya.
#PRKBukitGelugor PCM Terjemah Ikrar Membantu Rakyat Melalui Manifesto Yang Dilancarkan #MalaysiaNews
Bertema 'Cintai Pulau Pinang', manifesto tersebut dilancarkan Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan di pusat khidmat parti itu di Air Itam pada Rabu.
Menerusi manifesto tersebut, PCM berikrar untuk bukan sahaja mahu membawa pembangunan tetapi mensejahterakan rakyat di negeri ini.
Antara yang terkandung dalam manifesto itu adalah memperhebatkan usaha memerangi rasuah dikalangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dengan menguatkuasakan undang-undang yang ketat, memerangi jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja di negeri ini.
Malah, PCM turut berjanji akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas menerusi pelan induk pengangkutan yang berkesan selain menaik taraf rumah pangsa, pasar dan kemudahan awam.
PCM turut mengumumkan untuk melaksanakan audit yang menyeluruh berkenaan tanah kerajaan untuk memastikan rakyat Pulau Pinang menyedari tentang aset negeri dan segala maklumat yang diperlukan untuk ketelusan maksimum.
Selain itu, PCM turut berjanji akan membawa lebih banyak dana untuk membangunkan Pulau Pinang dan membina lebih banyak projek perumahan kos rendah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Huan berkata, beliau juga akan memastikan pembangunan di kawasan cerun bukit dihentikan kerana aktiviti tidak bertanggungjawab itu memberi kesan kepada alam sekitar, penduduk dan kehidupan marin.
Untuk memudahkan rakyat menyuarakan masalah mereka, Huan bersedia membuka tiga pusat khidmat masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang terletak dalam Parlimen Bukit Gelugor sekiranya diberikan mandat oleh rakyat pada PRK kali ini.
#PRKBukitGelugor MPPP Dikerah Siapkan Ceramah DAP Bagi Memenangkan RAMKarpal #MalaysiaNews


Kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor walaupun hanya bertanding melawan calon underdog seperti calon PCM dan 2 dari Bebas, DAP dilihat seperti takut kalah atau kurang majoriti dalam mempertahankan kubu kuatnya sendiri. Kenderaan dan pekerja MPPP dikerah bagi menyiapkan tempat ceramah DAP malam ini di Taman Tun Sardon.
Perbuatan itu secara jelasnya menyalahi prinsip dan had kuasa kerajaan sementara,malah ia perlu dihentikan serta-merta.
Ini kerana MPPP adalah hak rakyat P.Pinang bukannya hak mutlak parti DAP untuk memenangkan Ramkarpal ! !
Semalam Bercerai, Hari ini Ahmad Said Rujuk Semula Dengan UMNO #MalaysiaNews
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.
Tengku Putera mengetuai 14 ADUN Terengganuu mengadakan sidang media itu selepas mengadakan pertemuan khas dengan Najib di Bangunan Perdana Putera, pagi ini.
Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
#PRKBukitGelugor KECOH Tempias Kegagalan Kerajaan Negeri Mentadbir : Bekas Pengundi BERANG Kepada Calon DAP RamKarpal

Kambing Dilahirkan Berwajah Manusia #HugeViral
fahami fakta & kebenaran yg berlaku disebalik kemelut politik UMNO T'ganu

#PRKBukitGelugor Ceramah DAP di Kampung Melayu Hambar

GEORGE TOWN: Kehadiran calon DAP, Ramkarpal Singh Deo dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain dalam ceramah politik di Kampung Melayu, Air Itam di sini, malam Selasa hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 100 orang.
Flat Kampung Melayu majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu yang terletak dalam Parlimen Bukit Gelugor.
Walaupun petugas kempen meminta penduduk disitu turun menghadiri ceramah itu, permintaan nyata tidak mendapat sambutan.
Keadaan itu dilihat satu tamparan besar kepada Ramkarpal yang dilabelkan oleh DAP sebagai calon paling layak meneruskan legasi mendiang bapanya, Karpal Singh.
Ketibaan Ramkarpal pada pukul 10.15 malam juga sekadar menerima tepukan ‘lemah’ daripada orang ramai.
Ceramah tersebut mengulangi isu berhubung kenaikan harga barang, pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tohmahan terhadap Umno serta Barisan Nasional (BN).
Turut hadir, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Anwar dan Isteri Terlibat Dengan Kemalangan
Anwar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan mengenai insiden tersebut.
"Datuk Seri Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan," katanya di sini, Ahad malam.
Kedua-dua mereka kini dibenarkan pulang ke rumah.
#PRKBukitGelugor Analisis Keputusan #MCA Tidak Bertanding di Kubu Kuat #DAP Keputusan Tepat

Sebagai sebuah parti yang masih dalam proses memulihkan imejnya untuk menggembalikan keyakinan pengundi Cina di negeri tersebut, keputusan MCA itu dianggap satu langkah bijak.
Walaupun pada hakikatnya, ramai beranggapan DAP punya peluang besar untuk menang dengan majoriti lebih tinggi, pelbagai faktor turut diambil kira MCA sebelum keputusan tersebut diambil.
Selain faktor lebih 40,000 majoriti undi yang diperoleh mendiang Karpal Singh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu, pemergian peguam itu akibat kemalangan jalan raya dipercayai dapat memberikan undi simpati dengan mudah kepada DAP.
Karpal yang juga bekas pengerusi DAP, meraih majoriti 42,706 undi, ketiga tertinggi selepas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dari DAP yang memperoleh 51,552 majoriti undi dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, juga dari DAP, sebanyak 43,063 majoriti undi.
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian masyarakat Cina khususnya di Parlimen Bukit Gelugor sukar untuk memberikan undi kepada MCA ditambah dengan sentimen politik negeri yang memihak kepada DAP.
"Dalam sejarah Bukit Gelugor, MCA tidak ada pengaruh yang kuat. Pengundi akan memberikan undi kepada DAP kerana faktor simpati dan faktor mengenang budi Karpal Singh.
"Jadi tindakan MCA mengumumkan untuk tidak bertanding merupakan satu langkah bijak setelah pelbagai faktor diambil kira," katanya.
Berdasarkan senarai daftar pemilih setakat 17 April lalu, terdapat 82,431 pengundi berdaftar dengan 61,112 Cina, 11,880 Melayu, 8,660 India dan 390 kaum lain di Bukit Gelugor.
Kawasan parlimen ini mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Seri Delima, Paya Terubong dan Air Itam, yang kesemuanya dimenangi calon DAP.
Malah, Sivamurugan berkata sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen itu dan ternyata Karpal berjaya meningkatkan undi hampir 100 peratus sejak 2004.
Katanya, DAP tidak mengambil masa lama untuk memilih calon yang dirasakan layak dengan meletakkan anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo bagi memastikan legasi Harimau Jelutong tidak lenyap begitu sahaja.
"Siapapun yang diturunkan tidak jadi masalah kerana Bukit Gelugor adalah kubu kuat DAP. Saya percaya DAP tidak berdepan laluan sukar pada PRK kali ini. Hanya calon Parti Cinta Malaysia yang dilihat mampu menjadi ancaman kepada DAP," katanya.
Jelas beliau, tindakan DAP yang dilihat mengamalkan amalan nepotisme dengan menurunkan calon yang juga anak Karpal tidak akan menjejaskan undi kaum Cina di kawasan tersebut.
"Amalan nepotisme adalah persoalan kedua kerana ia merupakan lumrah politik yang berlaku di dalam PAS, Parti Keadilan Rakyat, Umno dan MIC sendiri. Apa yang dilihat pada calon itu adalah kewibawaannya dalam memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen selepas ini," katanya.
Sivamurugan berkata, walaupun MCA tidak bertanding, penyelaras Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu harus memastikan kebajikan pengundi yang tetap setia dan memberikan sokongan kepada parti itu pada PRU-13 yang lalu terus terpelihara.
Katanya, paling utama, MCA perlu meyakinkan penyokong mereka bahawa keputusan itu diambil kerana matlamat yang lebih besar iaitu kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Keputusan tidak bertanding membuktikan MCA sedang berusaha memperbaiki kelemahan parti secara jangka masa panjang dan turut memberi ruang kepad BN untuk membaikpulih kedudukan mereka di negeri itu," katanya.
Dalam situasi ini, jelas bahawa Parlimen Bukit Gelugor bukan medan untuk menguji penerimaan masyarakat Cina terhadap parti itu kerana MCA sudah boleh menilai bentuk sokongan tersebut dalam PRK Kajang yang lalu.
Tiba masanya untuk parti itu mengorak langkah bagi meningkatkan keyakinan ramai terhadap keupayaan parti itu membela nasib kaum Cina tempatan, bukan sekadar tempelan dalam komponen BN.
Al-Kisah TERENGGANU SUDAH TAMAT, ESOK MB BAHARU MULAKAN TUGAS #MalaysiaNews
#PRKBukitGelugor : RAMKarpal Jangka Menang 'solid' di DUN Air Hitam
Kalau diukur daripada sambutan rakyat Air Itam kepada calon DAP-Pakatan untuk pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, pagi ini, beliau kelihatan akan menang bergaya pada 25 Mei nanti.
Pasar Air Itam memang merupakan tempat rakyat daerah ini berkumpul saban hari untuk membeli barang-barang keperluan, maka Ram memulakan sesi suai-kenal bersama pengundi Bukit Gelugor di sini seawal jam 8 pagi.
Rata-rata peniaga dan pengunjung pasar serta kawasan sekitarnya sudah kenal betul dengan anak ketiga mendiang Karpal Singh ini.