#PRKTelukIntan Orang UMNO Sila Baca! Buka Otak Kenapa Dyana Jadi Calon DAP Bukan Calon UMNO?

Baca artikel reza zainal..
Harap semua kita berfikir sejenak.. Termasuk pemimpin2 kita..

DYANA SOFYA

Macam mana Dyana Sofya umur 24 tahun dah masuk DAP walhal ibunya penyokong tegar UMNO...??

Umur 27 dah bertanding pilihanraya bawah tiket DAP, memandangkan dia baru 3 tahun sahaja menjadi ahli..?

Lulusan UITM dimana dia masuk kuota Melayu dan sekarang dia hina kuota Melayu.

Bagaimana jadik begitu..?

INI MEMANG SALAH UMNO.

Cuba you imagine kalau Dyana masuk Puteri UMNO...sekarang ini dimana dia..?

Paling kuat setiausaha cawangan sahaja. Tapi saya rasa dia masih ahli biasa sahaja.

A waste of talent.

Bercakap pasal talent...you ade tak baca article Dyana..?

Saya baca artikel dia pasal memasak.

Pasal politik, women's right, Nation tak de.

ZERO.

Kalau siapa ade artikel Dyana ni tolong bagi link pada saya.

Apa BN buat pada talent orang muda yang tiada connection pada Pembesar UMNO..?

Appreciate tak..??

Ade ke orang UMNO naikkan golongan muda-mudi terutamanya dr golongan bukan Melayu dan Melayu itu sendiri supaya kareer politik mereka dilajukan sebab mereka pandai dan tunjuk potensi untuk menjadi pemimpin yang baik..??

Langsung tak de bukan..?

Tolong jangan cakap dengan saya Khairy Jamaluddin pasal kalau bapa mertua dia bukan bekas PM, paling tinggi dia sekarang setiausaha politik satu menteri.

You tengok dalam FB ini seperti Sya Shen Yee Aun dan Tai Zi kern, Lim Sian See, Danny Liew dan penulis-penulis Saya Sayang Tun Mahathir dan kelab Che det.

Imagine orang-orang Cina dan Melayu ini setia pada kerajaan dan melawan almost single handedly red bean army DAP.

Apa hadiah mereka..?

Nak dapat 'Thank You' note dari PM pun payah.

You dah baca artikel dr mereka..??

Dah masuk surat khabar.

Jauhlah lebih banyak dan berkualiti drp Dyana.

Apa BN buat pada orang-orang sebegini...?

Jangan haraplah nak naikkan menjadi setiausaha politik seperti Lim Kit Siang buat pada Dyana yang kurang talent daripada mereka ini.

Nak beri pertolongan pun susah.

Kenapa ini berlaku..?

Sebab BN ini lembab dan menganggap kalau orang seperti ini masuk BN atau MCA..mereka akan mengugat orang MCA dan UMNO yang dah tua bangka drp merebut dan mendapat jawatan.

INI PUN SALAH BN.

Tolong you jangan kutuk secara peribadi Dyana dan DAP.

Sekurang-kurangnya nampak mereka bergerak kehadapan.

Samaada DAP atau lebih tepat lagi Lim Kit Siang itu benar-benar tulus membenarkan wanita Melayu berumur 27 bertanding atas tiket DAP itu lain cerita.

Pokoknya Dyana itu percaya pada Lim Kit Siang.

Saya melihat ibunya yang menjadi ahli UMNO berbelas tahun pun percaya pada ketulusan Lim Kit Siang.

You tak percaya, you punya pasal.

Saya memang menyokong Dyana menang di Teluk Intan walaupun saya penyokong kerajaan.

Yes, I hope she wins. Walaupun dia tak pandai tulis artikel.

Sebab BN ini kalau tak kena tamparan tak pernah sedar.

Kalau Dyana berjaya..you ingat DAP tak dapat menarik lagi orang-orang Melayu..??

Berduyun-duyun bebeh.

Masa itu..menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi.

Siap sedia PRU14, BN jadik pembangkang.

#PRKBukitGelugor PAS Pulau Pinang Digesa Menarik Balik Poster Kempen Gambar RamKarpal Berslogan "Hudud For All"

 

Pakatan Rakyat hari ini menggesa PAS Pulau Pinang menarik balik poster kempen pilihanraya parti tersebut di Bukit Gelugor yang mengandungi gambar calon DAP, Ramkarpal dan slogan 'Hudud For All"' yang mula tersebar sejak beberapa hari lepas.

Hudud memang untuk PAS, tapi bukan untuk Pakatan Rakyat, apatah lagi DAP, walaupun PAS adalah sebahagian dari Pakatan Rakyat - mudah.

Soal kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dengan penerimaan hudud adalah 2 perkara berbeza.

Walaupun Pakatan Rakyat menyokong perubahan (change), tapi seperti ditegaskan Ramkarpal sendiri, tidak ada apa yang berubah dalam pendirian DAP dan Pakatan Rakyat berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan PAS - semua masih sama.

Perubahan hanya terpakai dalam soal-soal berkaitan menukar kerajaan daripada BN kepada Pakatan Rakyat sahaja, bukan memasukkan hukum hudud sebagai sebahagian dari undang-undang negara.

Sebab itulah poster berkenaan tidak mempunyai relevan dengan kempen DAP yang sedang berjalan.  Jika PAS tidak terlibat dengan penyebaran poster tersebut, kenapa PAS tidak membuat laporan polis menafikan pihak mereka ada terlibat mengeluarkannya?

Memandangkan laporan polis tidak ada, disitulah Pakatan Rakyat mendapat tahu bahawa PAS memang terlibat mengeluarkan poster tersebut, apatah lagi satu negara tahu hanya PAS satu-satunya pertubuhan politik di dunia ini yang kemaruk nak melaksanakan hudud.

Pakatan Rakyat berharap, tidak ada pengundi di Bukit Gelugor yang percaya bahawa DAP dan Pakatan Rakyat terlibat dengan penyebaran poster tersebut, yang terlibat hanyalah PAS.  PAS harus menarik balik poster itu dengan segera, atau membuat laporan polis jika mereka tidak terlibat.

#PRKBukitGelugor : Mohamed Nabi Bux Terjemah Manifesto Pertahan Melayu dan Tegakkan Hudud #MalaysiaNews


Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (gambar),  63, melancarkan manifestonya untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dengan memberi tumpuan kepada pembangunan orang Melayu.

Dalam manifesto itu, beliau berjanji untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan Parlimen Bukit Gelugor bagi semua golongan terutama kaum Melayu yang dipinggirkan.

“Selain itu saya juga akan memberikan fokus kepada peningkatan kualiti kehidupan penduduk Islam dalam Parlimen Bukit Gelugor,” kata Mohamed Nabi Bux kepada pemberita pada majlis pelancaran manifestonya di sini, Khamis.

Perkara ketiga dalam manifesto Mohamed Nabi Bux ialah memberi keutamaan kepada penyediaan peluang pekerjaan, latihan kemahiran untuk golongan belia terutama kaum Melayu dan tidak meminggirkan kaum lain.

Seterusnya beliau mahu menambah suara serta undi Melayu dalam Parlimen dan yang terakhir ialah menjadikan Parlimen Bukit Gelugor kawasan petempatan yang selesa dan moden selaras dengan pembangunan teknologi.

Mohamed Nabi Bux berkata beliau akan mengadakan ceramah penerangan bertajuk ‘Apa itu Hudud’ kepada penduduk negeri ini di Padang Kota Lama, bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh dan masa ceramah itu.

Pada majlis itu, beliau bercadang menjemput Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

“Saya juga akan menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada penerangan itu nanti…saya menggunakan media untuk menjemput semua tetamu saya itu,” katanya.

Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini, Mohamed Nabi Bux akan berdepan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon Bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas. Pada pilihan raya umum 2013, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.
- Bernama

#PRKBukitGelugor 'I'm A Son Of Karpal Singh' BUKAN 'I Am Karpal Singh'

 Tindakan calon DAP,  Ramkarpal Singh Deo menggunakan sepanduk yang tertera perkataan 'I Am Karpal Singh' bagi kempen pilihan rayanya terus dibidas.
Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk meraih undi simpati di kalangan pengundi di Bukit Gelugor.
"Sepatutnya dia (Ramkarpal) guna perkataan 'I'm A Son Of Karpal Singh', bukan perkataan 'I Am Karpal Singh. Jadi dalam isu ini siapa sebenarnya bertanding?," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kehilangan kira-kira 330 kain rentang di sekitar kawasan Bukit Gelugor dan Taman Tun Sardon pada malam Khamis.
Mohamed Bux tiba di Balai Polis Bandar Baru Air Itam di sini kira-kira pukul 3 petang dan selesai membuat laporan polis setengah jam kemudian.
Mohamed Bux menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Sementara itu, beliau akan bertemu dengan pegawai Suruhan Pilihan Raya (SPR) negeri untuk berbincang mengenai penggunaan jata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada Sabtu.
"Sekiranya mereka nasihatkan saya untuk tidak gunakannya, saya akan tarik balik penggunaan jata tersebut di poster, kain rentang dan risalah manifesto saya," katanya.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Bukit Gelugor,Kapten (B) Anuar Yahya menegaskan adalah menjadi satu kesalahan jika calon yang bertanding menggunakan jata kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dalam poster kempen pilihan rayanya.
"Malah bendera sekutu-kutu parti calon yang bertanding juga tidak dibenarkan sama sekali," kata Anuar.

#PRKBukitGelugor RamKarpal Berkempen Dengan Jeep Tamat Tempoh Cukai Jalan dan Rekod Saman Tertunggak #MalaysiaNews


Seolah-olah mencabar pihak Polis,  calon DAP Bukit Gelugor yang juga anak kepada Karpal Singh bersikap biadap dan kurang ajar apabila menaiki kenderaan yang tamat tempoh cukai kenderaannya.


Inilah sikap manusia yang di katakan memperjuangkan undang-undang negara tapi undang-undang sekecil inipun tak boleh nak ikut. 


Kenderaan Bernombor PDT 9898 ini juga terdapat satu saman yang belum dijelaskan. Macam ni nak jadi pemimpin negara?  Nak ajar rakyat jadi samseng atau kurang ajar?

#PRKBukitGelugor : RamKarpal Sambung Legasi Bapanya Menentang Hudud Walaupun PAS Turun Membantunya #MalaysiaNews

Biarpun PAS menyokong pencalonan anak mendiang Karpal Singh bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, sebaliknya Ramkarpal Singh Deo tetap menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tetap dengan pendirian parti (menentang hudud)," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Utama DAP bagi PRK Bukit Gelugor di Jalan Besi, Air Itam di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas poster kempen DAP yang tertera perkataan 'Hudud For All' yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Menurut Ramkarpal, poster tersebut tiada kaitan dengan DAP dan yakin ia didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Ia tiada kaitan dengan kami dan bukan datang dari kami. Pendirian DAP tetap tidak berubah. Saya berharap poster itu akan diturunkan," katanya.
Ramkarpal berharap agar lawannya bersaing secara sihat dengan mengetengahkan isu yang lebih penting daripada mengubahsuai poster tersebut untuk kepentingan pihak tertentu.
Sementara itu, Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap mana-mana calon yang menggunakan lambang negeri dalam poster kempen masing-masing.
"Kerajaan negeri tidak pernah membenarkan penggunaan lambang rasmi dalam mana-mana poster kempen. Ia salah disisi undang-undang. Satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini," katanya.

#HugeViral Perodua Viva Langgar Perut Pesawat MAS #MH740 #MalaysiaNews

 


Malaysia Airlines (MAS) menjadualkan semula waktu penerbangan MH740/741 selepas bahagian perut pesawat berkenaan dilanggar sebuah kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
  
Pesawat B737-800 itu pada asalnya dijadual berlepas ke Yangon (Penerbangan MH740) pada 10:05 pagi, tetapi berikutan kejadian itu, penumpang dipindahkan ke sebuah pesawat lain yang berlepas pada 10:45 pagi, kata MAS dalam kenyataan.
  
Katanya penerbangan pulang (MH741) pula dijadualkan semula untuk berlepas dari Yangon pada 12:30 tengah hari, katanya.
  
Menurut MAS, pemandu kenderaan yang dimiliki sebuah syarikat vendor yang terlibat dalam kejadian itu segera ditahan.